Isnin, 4 Mei 2015

Milik Cinta

Cinta bisa menghias hidup manusia dari mimpi kepada realiti atau mimpi ngeri. Kadang manusia sanggup apa sahaja utk memiliki cinta. Pentingkah cinta?

Kalau masuk dalam kelas, bila cikgu sebut tentang cinta pasti murid-murid akan kata, "eeee, cikgu cinta sapa?" Seolah mereka tahu apa makna cinta. Emm.. Apa makna cinta?

Mana bisa manusia berikan cinta tanpa dia tahu makna cinta dan kenapa pentingnya cinta kan?

Bagi aku, cinta itu abstrak... Manusia tak bisa menjelaskan cinta kerana cinta bagi setiap manusia itu berbeza. Tetapi apa yang aku yakini bahawa tidak ada cinta yang lebih baik dari mencintai Allah swt dan Rasul-Nya.

Dua cinta ini mampu memberi kemanisan dalam kehidupan. Cinta-cinta ini mampu membangkitkan hati yang mati. Cinta-cinta ini mampu membuatkan manusia tahu tujuan hidupnya dan mampu menggerakkan manusia menyempurnakan tugasnya di bumi ini.

Lihatlah mereka golongan para nabi, rasul, sahabah, tabiin, tabi' tabiin, solihin, dan mujahidin... Mereka hidup dgn cinta ini. Cinta ini mencorak dunia, sehingga kita dapat merasai nikmat iman dan islam pada hari ini.

Maksud Surah Hujuraat ayat 7:

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; 

Bersyukur Allah mencampakkan rasa cinta ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan