Ahad, 3 Mei 2015

Jika Kita Guru, Jangan Sekadar Jika

Hidup ini hanyalah tentang apa yg kita persiapkan utk akhirat. Makna hidup ini dapat dirasai oleh jiwa yang hidup dibawah sinaran agama Allah swt. Kehidupan menjadi sempit sekiranya kita melupakan "BIG PROJECT" kita di atas muka bumi ini.
Sudah setahun masa berlalu begitu cepat sebagai guru. Ada yg baru mengenali sekolah dan ingin menyesuaikan diri. Pun begitu, beruntung bagi sesiapa yang merasai nikmat menjadi seorang murabbi. 
Aku masih teringat sewaktu di IPT, aku punya rakan yang sama-sama terlibat dalam gerakan islam di kampus. Masa kami dihujung minggu disibukkan dengan program tarbiah diluar, yang mana ianya membantu kami supaya tidak menjadi manja, menjadikan kami kuat azam dan tekad, menjadikan kami supaya siap bekorban jiwa, masa, dan tenaga di jalan Allah swt.
Jalan ini kami laluan kerana kami sedar bahawa suatu hari nanti kami bukan sekadar guru, tetapi kami mahu menjadi murabbi ummat ini. Kerana kami tidak mahu hidup sia-sia, tetapi hidup yang mempunyai cita-cita. Jalan ini tidak akan mampu dilalui oleh orang yang manja dan kuat angan-angan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan