Sabtu, 9 Mei 2015

Guru Murabbi Ummah

Hari ini dapat job sewaan PA system di dewan Menora Paya Kongsi, program Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Pulau Pinang 2015. Disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samad. Tema tahun ini adalah "Guru PASTI Murabbi Ummah".
Sejak PAS ditubuhkan salah satu yang menjadi perjuangan mereka adalah memperjuangkan pendidikan masyarakat melalui penubuhan PASTI seawal 1980. Dengan hanya beberapa orang murid dan pusat pendidikan, kini bercambah sehingga mencecah hampir ratusan ribu murid di seluruh semenanjung, sabah, dan sarawak. Suatu usaha yang boleh dicontohi oleh gerakan islam lain secara bersungguh.
Saja bersembang dgn seorang kakak guru PASTI. Gaji guru PASTI sekarang sebanyak RM350 (lebih kurang la kalau tak campur elaun). Kadang ada yang tak dibayar gaji kerana gaji guru bergantung sepenuhnya kepada yuran murid. Namun mereka masih lagi mengajar di PASTI kerana keyakinan mereka terhadap keberkatan.
Subahanallah... Bagaimana puluhan tahun mereka mampu bertahan melahirkan generasi imaniah dalam cengkaman kerajaan yang zalim? Fomulanya yang aku dapat hari ini adalah ikhlas.
Jika guru begini mengajar anak aku, aku yakin imannya dapat dibentuk oleh guru sebegini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan