Ahad, 17 September 2017

Harapan Hari Esok

Anak... Ayah tak kaya dengan harta seperti orang lain yang punya kemewahan... Kerana kamulah harta dunia akhirat ayah yang paling berharga tiada ternilai harganya...
Anak... Orang lain mungkin bahagia dengan cara mereka... Tapi kita mampu bahagia bila jiwa dan hati kita Merdeka dari penghambaan sesama makhluk...
Anak... Ayah tidak ada apa untuk diwariskan bila ayah mati... Cuma jadikanlah perjuangan menegakkan kalimah Allah sebagai matlamat dalam kehidupan...
Anak... Orang boleh mengeji kita kerana kesilapan yang kita lakukan dalam kehidupan... Tapi yakinlah ayah masih akan terus menyayangimu dan menerimamu di saat kau memerlukan...
Anak... Jangan kau pernah percaya pada sesiapa pun dalam kehidupan ini... Simpanlah sedikit curiga supaya kau selamat melayari tipu daya dunia ini yang sentiasa menghambat lehermu...
Anak... Jika ada hari esok yang kau citakan matlamatnya kegembiraan... Maka berusalah dari masa yang ada untuk menebus penyesalan hari mendatang...
Anak... Ayah ingin kau selalu bersama ayah... Menjagamu dan melindungimu... Semoga kau membesar dalam kasih sayang dan keredhaan Allah swt...

Khamis, 13 Oktober 2016

REZEKI ITU MILIK ALLAH



Kadang-kadang kita merancang tetapi Allah swt ada perancangan yang lebih baik buat kita. Ini kisah 2 tahun lepas, sengaja nak kongsikan.

Selepas tamat pengajian di IPG Kampus Pulau Pinang, perasaan mula memikirkan kemana akan dihantar untuk mengajar. Otak hanya fikir tiada tempat lain kecuali Sabah atau Sarawak. Oleh itu saya hanya kata pada hati, terimalah ke mana kau akan dihantar. Disana mungkin kau akan dapat sesuatu yang lebih baik.

Masa berlalu, hati hanya redha jika dapat penempatan di mana-mana, sehinggalah hari yang ditunggu menjelma. Alhamdulillah ucapan pertama yang keluar dari mulut seterusnya disusuli sujud syukur. Sungguh tak menyangka ini perancangan Allah swt.

Sudah 2 tahun berlalu... semoga Allah swt mengatur hidupku mengikut kehendaknya, kerana itulah yang terbaik buat diriku...

Jumaat, 16 September 2016

TARBIAH: Pengurusan Iman?

Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah nak hampir ke hujung tahun. Kat sini kadang dah mula terasa, EH! program apa yang aku dah buat untuk selamatkan ummat bagi tahun ini? Argh! masih kurang. Rasa macam dah rugi banyak masa disia-siakan. Betul tak?

Sebenarnya apa masalah kita ha? Ye masalah kita masalah iman yang sering turun naik. Tapi masalahnya rasa macam selalu turun ja... apa masalahnya ya?

Cikgu nak bagitahu bahawa kebanyakkan orang yang berjaya harini di seluruh dunia adalah mereka yang telah berjaya menguruskan diri mereka. Dari sekecil-kecil kejayaan, sehinggalah sebesar-besar kejayaan. Ia bermula apabila manusia bijak mengurus diri.

Cuba kita tengok kawan2 kita yang pernah berjaya dalam peperiksaan, tak kira la UPSR, PMR/PT3, SPM, STPM, hinggalah keperingkat peperiksaan awam tertinggi di Institut Pengajian Tinggi, (IPT) pernah tak kita tanya apa rahsia kejayaan mereka?

YA! rata2 akan jawab kena pandai menguruskan diri. Kena bijak mengurus dan merancang waktu belajar dan bla bla bla. Pendek dan panjang kata poin pentingnya adalah "PENGURUSAN".

Jadi? itulah yang nak ditekankan bahawa untuk memastikan diri kita sentiasa beriman, kita kena BIJAK MENGURUS IMAN. Harini kita lihat bertapa banyaknya pusat2 pengajian islam. Jika boleh dibilang sejak 59 tahun merdeka, rasanya mereka yang mempunyai latar pendidikan agama di Malaysia kini sudah mencapai ratusan ribu orang dan mungkin mencapai jutaan orang ramainya. Bahkan di sekolah2 kerajaan juga tidak ketinggalan memperkasakan pendidikan islam membuatkan pengajian islam itu sebati dengan anak2 ummat islam di Malaysia.

Namun, kenapa jenayah makin menjadi-jadi, maksiat makin berlua-luasa, dan kebanyakkan yang terjebak adalah mereka dari berlatar belakang pendidikan agama sejak dari bangku sekolah rendah hinggalah ke IPTA/S? Kenapa semua masalah ini makin menjadi-jadi?

Ya... IMAN... PENGURUSAN IMAN...

Bagaimana nak URUS IMAN?

OK! Cikgu SHARE kalam ulama Rabbani Ummat ini...

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna


1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Ayuh kita semua uruskan iman kita supaya turunnya tidak menjunam, naiknya istiqamah. 



Sabtu, 26 Disember 2015

Aku Ingin Syurga


Dosa yang ku lakukan sesal yang ku dapatkan
Hampa hidup yang kini kurasakan
Ku memohon ampunan hanya padaMu Tuhan
kesalahan yang ku lakukan di dalam hidupku

Sungguh ku merindukan
Kasih sayangMu Tuhan
Bila nanti ku pulang
Surga yang ku inginkan

Ya Allah
Sempurnakan hidupku tuntun aku dijalanMu
Jauhkan aku dari segala siksaMu

Ya Allah
Terimalah tobatku dari segala dosaku
Ampuni aku yang telah melupakan Mu

Ku memohon ampunan hanya padaMu Tuhan
Kesalahan yang ku lakukan di dalam hidupku

Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah hal azim...

Sabtu, 14 November 2015

Super Hero kah Aku?

Watak2 kartun dalam TV, Komik dan sebagainya banyak membantu kita dalam berimaginasi untuk menjadi "Super Hero". 

Persoalannya adalah dalam banyak2 Super Hero yang kita pilih, yang mana yang paling banyak menunjukkan contoh tauladan yang baik dan realistik? Releven dengan keadaan semasa? Jika diberi peluang pilih Super Hero, apa ciri2 yang sepatutnya ada?

Kalau lah aku... aku pilih baginda Rasulullah SAW sebagai Super Hero... kenapa ya?

Kerana baginda adalah penyelamat Ummat ini. Menyelamatkan manusia dari jahiliah, dari kekufuran kepada keimanan kepada Allah swt. Baginda adalah rahmat kepada ummat ini.
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”  (Al-Anbiya’:107).

Rahmatnya Nabi Muhammad Saw bukan sahaja untuk orang islam, tetapi untuk seluruh alam. Datangnya nabi menghapuskan kezaliman sesama makhluk, dan mengangkat martabat keadilan. Semua makluk diberikan hak yang seadilnya. Bahkan baginda lakukan semua ini dengan penuh perasaan kasih kepada ummat  dan alam ini. 

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (At-Taubat:128)

Susahkan nak cari "Super Hero" camni sekarang ni?? Tambahan yang cam bawah ni... tah mana mai tak tau... haha...


Isnin, 13 Julai 2015

KUTIPAN DANA RM2 JUTA BAGI PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ALITQAN

PUSAT PENDIDIKAN ALITQAN

  • Bermula semenjak 1989.
  • Kurikulum bersepadu menggabungkan Tahfiz, Akademik, dan Agama.
  • Melahirkan ramai Ulama' dan Professional yang berkhidmat untuk Agama, Bangsa, dan Negara di seluruh negara. 
  • Semerlukan dana RM2 Juta bagi menaik taraf Pusat Pendidikan Al-Itqan bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dari sehari ke sehari.



Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Artinya:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah; ayat 261)

Yang Benar,



(MUHAMMAD ZUL ZHAFRAN BIN SAAD)
PENGERUSI,
ALUMNI ALITQAN,
PULAU PINANG.

Jumaat, 10 Julai 2015

Iktikaf Perdana 2015

Kuliah Tafsir oleh Ustaz Syazalie Hirman AlYamani (Surah Luqman ayat 1-19)

Kisah Luqman yg diberi hikmah (kebijaksanaan) dalam mendidik anak-anak. Menggunakan pendekatan nasihat yang membangkitkan rasa bimbang dan takut tentang balasan Allah swt sejak anak masih kecil. Menjauhi syirik kepada Allah dan sentiasa berakhlak mulia terhadap ibu bapa dan masyarakat. Memikirkan tentang balasan di akhirat atas segala amalan yang kita lakukan walau sebesar zarah.

Ceramah Prof. Dr. Roslan Hashim - Kebesaran Allah dari Teropong Nano.

Allah swt cipta manusia dari sperma terbaik. Menjadikan manusia hebat sejak di dalam perut lagi. Melihat kebesaran Allah swt menciptakan alam ini dari sebesar-besar benda sehingga ke sekecil-kecil benda. Teknologi nano yang Allah swt cipta pada alam ini seperti binatang dan tumbuhan boleh memberi manfaat pada manusia. Penciptaan Baju kalis air melalui kajian daun tulip. Manjadi hamba yang bertaqwa. Manusia perlukan cabaran untuk terus hidup.

Ceramah Dr. Danial Zainal Abidin - Mengenal Pencipta Melalui AlQuran

Dimulakan dengan kisah pakar rujuk atheist selama 50 yang memeluk islam, Dr. Antony Flew. Menemui tuhan melalui kajian DNA. Kagum dengan sistem kompleks dapat diwujudkan melalui sistem kimia DNA.

Ceramah Ustaz Azhan -Ibrah Ramadhan melalui Perang Badar

Kita harus bercita-cita menjadi pejuang agama. Selalu melakukan syura dalam memutuskan sesuatu keputusan. Keimanan yang kental dan doa berterusan menghasilkan peribadi yang mulia. Berstrategi dalam setiap perlakuan. Sentiasa yakin janji Allah swt. Sentiasa untuk menjadi pelajar yang berjaya.

Tetamu itu sedang mengemas beg nya, 6 hari lagi.. Dia akan bertolak pergi. Kita cuma mampu memerhati tanpa mampu menahannya pergi. Sayanglah macam mana pun, dia cuma tumpang 30 hari. Bencilah macam mana pun, dia tetap tumpang 30 hari. Kini dia sedang bersiap2 untuk pergi. Ya, tahun depan ia datang lagi. Tapi adakah kita pasti saat dia datang tahun depan kita mampu melayannya didalam rumah? Atau kita sekadar menangis dibalik tanah?

Kehadirannya
dinanti..,
Pemergiannya ditangisi..

Ramadhan kareem