Jumaat, 8 Mei 2015

Berjalan Di Atas Kaki Sendiri

Waktu kanak-kanak adalah waktu yang paling menggembirakan. Waktu berseronok dengan kawan-kawan waktu untuk belajar sesuatu yang baru. Waktu kanak-kanak ku dulu dihabiskan di asrama. Semenjak umur 7 tahun aku sudah dimasukkan ke sekolah berasrama di kedah. Hidup berdikari itu sudahku rasai sejak aku kecil lagi. Aku mengerti erti susah dan nikmat senang.

Oleh itu bila aku meningkat dewasa, sejak dibangku sekolah lagi aku sudah mula berniaga kecil-kecilan. Duit yang ada aku simpan dengan baik walaupun sewaktu belajar dulu aku dapat biasiswa telekom, tapi aku tak pernah usik duit tu. Sehinggalah hampir spm aku memerlukan wang untuk membeli motorsikal kerana aku berulang dari SMKA Al-Mashoor (L), maka aku dapat membeli secara tunai hasil simpananku. 

Sewaktu di IPG aku masih lagi berniaga. Pernah terlibat dgn agen HPA, agen phone Al-Quran, stokis redOne, dan sekarang pemilik Dj Islamik Pulau Pinang. Semuanya aku lalui dengan perjalanan yang susah. Penuh caci maki, iri hati, dan tipu daya manusia. Namun semua ini aku dapat lalui berkat doa ibu-bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan mungkin juga pengalaman. 

Aku tidak pandai membeli pakaian baru buatku. Selalunya ibu yang akan menemani ku  membeli pakaian walaupun aku sendiri boleh membelinya. Siapa yang rapat dengan ku pasti akan tahu bahawa baju dan seluar yang aku pakai selalunya baju yang sama yang aku dapat secara percuma. Kadang2 balik rumah waktu cuti ibu dah sangkut baju baru. Jadi kalau nampak baju baru itu hasil hadiah dari ibu dan ayah.

Aku sentiasa mempersiapkan diriku dengan perancangan-perancangan yang kadang buat orang tertanya, "apa belum cukup dengan gaji kakitangan kerajaan?". Cukup... Insya Allah cukup. Tapi apa yang aku persiapkan adalah:

1. Bekalan Akhirat - aku berniaga kerana Allah swt dikira ibadah dan mendapat ganjaran disisi Allah swt. 

2. Berdikari - berniaga mengajar aku erti susah dan jerih payah. Bagaimana aku bisa menjadi orang yang bersyukur sekiranya aku tidak mampu utk merasai kepayahan. 

3. Membantu - berniaga mengajar kepada ku erti memberi. Ia mampu membuatkan aku menyumbang lebih kepada islam. 

4. Pendidikan - aku mengimpikan suatu hari nanti anak-anakku tahu erti syukur, rajin, kerjakeras dan ikhlas dalam mengharungi kehidupan ini. Tidak menjadi manja, dungun, kuat gebang dan kaki kencing orang lain.

5. Persiapan - aku percaya bila aku sudah meningkat usia, kesihatanku terjejas, tiada siapa yang akan membantuku, menjagaku, dan menyayangiku. 

6. (Banyak lagi, tp nanti dlm entri akan datang aku cerita.)

Setiap orang pasti ada tujuan atas sesuatu yang dia kerjakan. Maka yang paling penting adalah meluruskan niat hanya kerana Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan