Khamis, 30 April 2015

Bekerja Untuk Ummat Muhammad SAW

Apa yg lebih menggembirakan setiap pagi adalah kita dibangunkan oleh Allah swt dan dapat menunaikan kefardhuan yg digazetkan di dalam fail kehambaan. Pagi yg indah ini memberikan kita semangat utk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah yg diredhai-Nya. Alhamdulillah di atas anugerah ini ya Allah. Namun adakah manusia yg di pagi harinya bangun dlm keadaan mamai dan lupa untuk mengucapkan syukur kpd Allah swt??

Sudahkah kita mengucapkan doa syukur sewaktu bangun tadi?... Sudahkah kita menghadap-Nya lebih awal dari makhluk lain?... Adakah kita menunaikan kefardhuan 2 rakaat dgn ikhlas dan khusyuk?... Sudahkah zikir mathurat menjadi amalan kita di pagi hari?...

Bangunlah... Dan lakukanlah sesuatu utk ummat... Itulah tuntutan sebenar sebagai khalifah Allah swt... Kita ada tugas besar... 'Mengeluarkan manusia dari penghambaan sesama manusia kepada penghambaan semata-mata kerana Allah swt dan meninggikan kalimah Allah swt di muka bumi.'.

Cuti hari pekerja adalah hari untuk kita bekerja sebagai hamba Allah swt. Tiada istilah 'rehat' bg mereka yg mukhlisinalahuddin.



Hati yang Tenang

Hari2 dlm hidup ini adalah suatu anugerah. Anugerah yang Allah swt berikan kepada manusia utk dilalui dan belajar darinya. Sudahkan tentu dlm kehidupan kita, kita pernah melalui hari2 yg indah bukan? Dan ada pula hari2 yg mendukacitakan bukan?

Kenapa ini semua terjadi? Adakah dengan sengaja? Pernahkah kita berfikir sejenak mengapa ini semua berlaku? Dan apa kebaikan disebalik kejadian semua ini?

Bukankah banyak pengalaman yg mematangkan kita telah kita pelajari dari hari2 tersebut? Bukankah banyak manusia yg pernah menyentuh hati kita pd hari2 tersebut? Bukankah kita telah mengenali mana kawan atau musuh, mana cinta atau duka, mana baik dan buruk, dan sebagainya?

Ya... Dari situ kita belajar memperbaiki diri menjadi lebih kuat, tabah, dan luas pandangan dlm menghadapi masa hadapan.

Dan masa hadapan yg ingin kita lakar sudah tentu bertemu Allah swt dengan hati yg tenang di mana Allah swt meredhai kita.

Khamis, 16 April 2015

Penyejuk Hati Cikgu

Sebagai guru masa kini, x sunyi dari tekanan perasaan bila terlalu banyak beban yg dilepaskan kepada kita. Tambahan di sekolah akulah Guru Perpustakaan dan Media, akulah Setiausaha Sukan, akulah penyelaras Tunas Kadet Remaja Sekolah. Sejak awal tahun kadang pulang lewat kerumah.Pernah stay up hingga 3 pagi di sekolah. Penat ooo jadi cikgu ni.

Tapi kadang-kadang semua stress ni boleh hilang dengan melihat keletah anak-anak murid. Pernahsekalitu aku suruh budak-budak ni lukis gambar diorang. Dalam banyak2 gambar, gambar ni paling sempoi.

ampa nak tengok x????



Aku tanya dia... sapa ni irfan?? ni saya la cikgu!... haha... ok...

Ahad, 12 April 2015

Sudah masanya Aku Redha

Dalam hidup ini tidak sunyi dari kita tersalah dan tersilap. Walaupun kesilapan itu bukanlah pilihan kita, ttp kita terpaksa melaluinya. Masa berputar ligat umpama roda yg tiada breknya. Hari berganti hari membuatkan manusia berubah atau terpaksa berubah.


Kenangan pahit manis itu harus dilalui dengan ketabahan dan pengharapan kepada Allah swt. Hati itu perlu dipujuk dengan ayat "kita merancang, ttp Allah swt yg menentukan".

Allah... Berikanlah kekuatan buatku utk melalui hidup ini. Jangan biarkan aku menentukan nasibku sendiri. Pimpinlah daku mengharap redhamu. Ampunkanlah doaa-dosaku yg lalu. Padamkanlah memori-memori hitam itu dari fikiranku.

Walaupun ku tahu, bukan mudah utk melupakan semuanya, namun aku harus REDHA.

UPGRADE Level ke Peringkat SARJANA

Usia kita makin meningkat. Pemikiran kita makin berkembang. Tak dilupakan perangai kita juga makin berubah. Ya lah mana tak nya. Dulu time bujang boleh la nak happy2 lepak dengan kawan2. Tp sekarang semuanya dah berubah. Kita ada tanggungjawab dan target kita.

InsyaAllah bulan depan aku akan menyambung pengajian di peringkat Master. Aku akui aku bukanlah bijak mana sangat. Tapi ada beberapa perkara yang mendorong aku untuk melakukannya. Antaranya adalah kerana AKU SEORANG MUSLIM. 

Ya.... aku seorang muslim. Kadang-kadang kita muak melihat masyarakat yang kuat bergaduh di alam maya dan sebagainya. Cakap2 mereka x ubah macam professor dalam sesuatu bidang ilmu. Perdebatan mereka seolah-olah mereka telah membaca dan menghasilkan banyak kitab yang menjadi rujukan para sarjana.

Jadi... atas rasa tanggungjawab kepada agama ini. Aku nak jadi orang yang beri sumbangan kepada agama dan masyarakat. Aku nak ilmu aku dimanfaatkan oleh semua orang. Sbb bila aku mati nanti, aku harap ilmu2 yang aku dahului itu digunakan oleh orang ramai dan sampai pahalanya kepada aku.

*Tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Haha..


Jumaat, 10 April 2015

Aku dan Usiaku

Kini usiaku menjelang 26 tahun. Di sekolah murid-murid mungkin dah terbiasa memanggilku "Cikgu", tetapi di luar belum tentu anak-anak lain mengenalku. Maka yang dipanggil adalah Pakcik!. Ayat yang biasa "Terima Kasih Pakcik!".

Kalau kita fikir-fikir, ah.... masa dah banyak berlalu pergi. Dulu mak kita panggil Baby!, besar sikit ayah panggil adik! besar sikit lagi adik-adik panggil abang. Sekarang budak-budak dah panggil aku Pakcik!

Aku dah terfikir tak lama lagi mesti kena gelaran tokwan dan yang akhir "Allahyarham"... fuhhhh...

Begitulah Allah swt mengingatkan kita tentang usia kita dengan gelaran di dunia ini.

Maka apa lagi yang kita tunggu-tunggu lagi? beramallah sebanya mungkin kerana esok belum tentu kita hidup. Nangis laju-laju...

Tarima kasih kepada semua bakal "Allahyarham" dan "bakal "Allahyarhamah" kerana sudi membaca.