Ahad, 12 April 2015

UPGRADE Level ke Peringkat SARJANA

Usia kita makin meningkat. Pemikiran kita makin berkembang. Tak dilupakan perangai kita juga makin berubah. Ya lah mana tak nya. Dulu time bujang boleh la nak happy2 lepak dengan kawan2. Tp sekarang semuanya dah berubah. Kita ada tanggungjawab dan target kita.

InsyaAllah bulan depan aku akan menyambung pengajian di peringkat Master. Aku akui aku bukanlah bijak mana sangat. Tapi ada beberapa perkara yang mendorong aku untuk melakukannya. Antaranya adalah kerana AKU SEORANG MUSLIM. 

Ya.... aku seorang muslim. Kadang-kadang kita muak melihat masyarakat yang kuat bergaduh di alam maya dan sebagainya. Cakap2 mereka x ubah macam professor dalam sesuatu bidang ilmu. Perdebatan mereka seolah-olah mereka telah membaca dan menghasilkan banyak kitab yang menjadi rujukan para sarjana.

Jadi... atas rasa tanggungjawab kepada agama ini. Aku nak jadi orang yang beri sumbangan kepada agama dan masyarakat. Aku nak ilmu aku dimanfaatkan oleh semua orang. Sbb bila aku mati nanti, aku harap ilmu2 yang aku dahului itu digunakan oleh orang ramai dan sampai pahalanya kepada aku.

*Tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Haha..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan