Jumaat, 10 April 2015

Aku dan Usiaku

Kini usiaku menjelang 26 tahun. Di sekolah murid-murid mungkin dah terbiasa memanggilku "Cikgu", tetapi di luar belum tentu anak-anak lain mengenalku. Maka yang dipanggil adalah Pakcik!. Ayat yang biasa "Terima Kasih Pakcik!".

Kalau kita fikir-fikir, ah.... masa dah banyak berlalu pergi. Dulu mak kita panggil Baby!, besar sikit ayah panggil adik! besar sikit lagi adik-adik panggil abang. Sekarang budak-budak dah panggil aku Pakcik!

Aku dah terfikir tak lama lagi mesti kena gelaran tokwan dan yang akhir "Allahyarham"... fuhhhh...

Begitulah Allah swt mengingatkan kita tentang usia kita dengan gelaran di dunia ini.

Maka apa lagi yang kita tunggu-tunggu lagi? beramallah sebanya mungkin kerana esok belum tentu kita hidup. Nangis laju-laju...

Tarima kasih kepada semua bakal "Allahyarham" dan "bakal "Allahyarhamah" kerana sudi membaca.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan