Ahad, 12 April 2015

Sudah masanya Aku Redha

Dalam hidup ini tidak sunyi dari kita tersalah dan tersilap. Walaupun kesilapan itu bukanlah pilihan kita, ttp kita terpaksa melaluinya. Masa berputar ligat umpama roda yg tiada breknya. Hari berganti hari membuatkan manusia berubah atau terpaksa berubah.


Kenangan pahit manis itu harus dilalui dengan ketabahan dan pengharapan kepada Allah swt. Hati itu perlu dipujuk dengan ayat "kita merancang, ttp Allah swt yg menentukan".

Allah... Berikanlah kekuatan buatku utk melalui hidup ini. Jangan biarkan aku menentukan nasibku sendiri. Pimpinlah daku mengharap redhamu. Ampunkanlah doaa-dosaku yg lalu. Padamkanlah memori-memori hitam itu dari fikiranku.

Walaupun ku tahu, bukan mudah utk melupakan semuanya, namun aku harus REDHA.