Rabu, 8 Julai 2015

Siapa yang "SAYANG" kita?

Setiap manusia itu berbeza kerana latar kehidupan yang berbeza. Mengungkapkan kata "SAYANG" itu kadang bukan mudah bagi sesetengah orang. Lalu bagaimana untuk mengungkapkan sayang dalam bahasa mudah untuk difahami? ada bahasa lainkah yang boleh mengungkapkan sayang?

"Bahasa perbuatan, Cikgu!!" kata Hakimi. 

Benar... cuba lihat orang disekeliling kita. Terutamanya ahli keluarga, guru-guru, dan rakan rakan. Kadang mereka tidak pernah mengungkap kata sayang kepada kita, namun perbuatan mereka sudah cukup buat kita tahu mereka sayangkan kita.

Lihat ibu dan ayah kita yang berkerja keras membanting tulang mencari rezeki buat kita. Mereka mungkin tiada masa untuk mengungkapkan rasa kasih dan sayang buat kita kerana kesibukkan mereka. Tetapi ketahuilah mereka sedang berusaha yang terbaik buat kita.

Lihatlah guru-guru yang ikhlas mendidik kita tanpa mengira penat lelah serta cuti yang dikorbankan semata-mata ingin mengadakan kelas tambahan buat kita. Mungkin kita selalu dimarahi dan di kenakan tindakan dan sebagainya. Namun ketahuilah bahawa itu semua tanda sayang mereka kepada kita bagi memastikan kita berjaya.

"Jika begitu... Allah swt lagi sayangkan kita! sebab Allah swt bagi banyak nikmat kepada kita." kata Afiq.

Benar... cuba lihat pada diri kita. Banyak nikmat yang Allah swt berikan tanpa perlu kita bayar walau satu sen pon. Bayangkan jika oksigen yang kita sedut ini, tiba-tiba Alla swt hentikan! dan kalau kita nak oksigen ni kita kena bayar! apa akan jadi? tentu ramai orang akan mati kan!?. Mati sebab tak ada duit nak bayar, mati sebab tak sempat nak bayar, mati sebab terlupa nak bayar dan sebagainya. 

"Hahaha" gelak izzat dan rakan yang lain.

Allah swt sebut dalam Al-Quran:
Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah An Nahl : 18)

Oleh yang demikian, kita kenalah bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan ini. Boleh? bagaimana caranya? kamu semua dah solat?!

Usrah berakhir dengan semua berlari ke surau tanda faham bagaimana caranya........ hehe.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan