Jumaat, 26 Jun 2015

Salah Cikgu Kah?

Manusia ini sering diuji dengan perasaan yang pelbagai. Kadang sedih, resah dan gelisah. Tambahan dengan bebanan kerja guru semakin bertambah setiap hari.

Apatah lagi sejak lepas cuti sekolah tugasan aku sebagai GPM sekolah nak kena organisasi bahan semula sebab sekarang pusat sumber sekolah aku dah maju sikit guna aplikasi PSS-Central. Hehe...

So aku pun exited nak siapkan, walaupun kadang-kadang rasa beban buat benda-benda tu. Tapi aku ingat pesan Cikgu Abbas (Ketua PKG Balik Pulau) supaya sentiasa ikhlas, Allah swt akan ganti keikhlasan kita dengan nikmat yang tidak kita duga seperti sihat, lapang, senang, anak-anak dan isteri-isteri yang solehah... Hehe...

Harini aku masuk kelas, aku buat serius ngn budak-budak kelas. Biasalah nak kontrol kelas. Cikgu Math ajar BI kalau xleh kontrol kelas nanti kucar kacir jadinya. Aku bagi latihan kat budak-budak. Aku buat Spelling Test. Sapa salah aku suruh buat Correction. 

Tp budak sorang ni  memang buat hal dengan aku!! sampai aku tak boleh menahan perasaan aku ni!!

Salah Cikgu Math ajar Bi, laju sangat tulis... aish...

Hilang serius aku waktu tu... haha... kalau korang cmna??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan