Jumaat, 16 September 2016

TARBIAH: Pengurusan Iman?

Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah nak hampir ke hujung tahun. Kat sini kadang dah mula terasa, EH! program apa yang aku dah buat untuk selamatkan ummat bagi tahun ini? Argh! masih kurang. Rasa macam dah rugi banyak masa disia-siakan. Betul tak?

Sebenarnya apa masalah kita ha? Ye masalah kita masalah iman yang sering turun naik. Tapi masalahnya rasa macam selalu turun ja... apa masalahnya ya?

Cikgu nak bagitahu bahawa kebanyakkan orang yang berjaya harini di seluruh dunia adalah mereka yang telah berjaya menguruskan diri mereka. Dari sekecil-kecil kejayaan, sehinggalah sebesar-besar kejayaan. Ia bermula apabila manusia bijak mengurus diri.

Cuba kita tengok kawan2 kita yang pernah berjaya dalam peperiksaan, tak kira la UPSR, PMR/PT3, SPM, STPM, hinggalah keperingkat peperiksaan awam tertinggi di Institut Pengajian Tinggi, (IPT) pernah tak kita tanya apa rahsia kejayaan mereka?

YA! rata2 akan jawab kena pandai menguruskan diri. Kena bijak mengurus dan merancang waktu belajar dan bla bla bla. Pendek dan panjang kata poin pentingnya adalah "PENGURUSAN".

Jadi? itulah yang nak ditekankan bahawa untuk memastikan diri kita sentiasa beriman, kita kena BIJAK MENGURUS IMAN. Harini kita lihat bertapa banyaknya pusat2 pengajian islam. Jika boleh dibilang sejak 59 tahun merdeka, rasanya mereka yang mempunyai latar pendidikan agama di Malaysia kini sudah mencapai ratusan ribu orang dan mungkin mencapai jutaan orang ramainya. Bahkan di sekolah2 kerajaan juga tidak ketinggalan memperkasakan pendidikan islam membuatkan pengajian islam itu sebati dengan anak2 ummat islam di Malaysia.

Namun, kenapa jenayah makin menjadi-jadi, maksiat makin berlua-luasa, dan kebanyakkan yang terjebak adalah mereka dari berlatar belakang pendidikan agama sejak dari bangku sekolah rendah hinggalah ke IPTA/S? Kenapa semua masalah ini makin menjadi-jadi?

Ya... IMAN... PENGURUSAN IMAN...

Bagaimana nak URUS IMAN?

OK! Cikgu SHARE kalam ulama Rabbani Ummat ini...

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna


1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Ayuh kita semua uruskan iman kita supaya turunnya tidak menjunam, naiknya istiqamah.