Isnin, 13 Julai 2015

KUTIPAN DANA RM2 JUTA BAGI PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ALITQAN

PUSAT PENDIDIKAN ALITQAN

  • Bermula semenjak 1989.
  • Kurikulum bersepadu menggabungkan Tahfiz, Akademik, dan Agama.
  • Melahirkan ramai Ulama' dan Professional yang berkhidmat untuk Agama, Bangsa, dan Negara di seluruh negara. 
  • Semerlukan dana RM2 Juta bagi menaik taraf Pusat Pendidikan Al-Itqan bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dari sehari ke sehari.



Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Artinya:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah; ayat 261)

Yang Benar,



(MUHAMMAD ZUL ZHAFRAN BIN SAAD)
PENGERUSI,
ALUMNI ALITQAN,
PULAU PINANG.

Jumaat, 10 Julai 2015

Iktikaf Perdana 2015

Kuliah Tafsir oleh Ustaz Syazalie Hirman AlYamani (Surah Luqman ayat 1-19)

Kisah Luqman yg diberi hikmah (kebijaksanaan) dalam mendidik anak-anak. Menggunakan pendekatan nasihat yang membangkitkan rasa bimbang dan takut tentang balasan Allah swt sejak anak masih kecil. Menjauhi syirik kepada Allah dan sentiasa berakhlak mulia terhadap ibu bapa dan masyarakat. Memikirkan tentang balasan di akhirat atas segala amalan yang kita lakukan walau sebesar zarah.

Ceramah Prof. Dr. Roslan Hashim - Kebesaran Allah dari Teropong Nano.

Allah swt cipta manusia dari sperma terbaik. Menjadikan manusia hebat sejak di dalam perut lagi. Melihat kebesaran Allah swt menciptakan alam ini dari sebesar-besar benda sehingga ke sekecil-kecil benda. Teknologi nano yang Allah swt cipta pada alam ini seperti binatang dan tumbuhan boleh memberi manfaat pada manusia. Penciptaan Baju kalis air melalui kajian daun tulip. Manjadi hamba yang bertaqwa. Manusia perlukan cabaran untuk terus hidup.

Ceramah Dr. Danial Zainal Abidin - Mengenal Pencipta Melalui AlQuran

Dimulakan dengan kisah pakar rujuk atheist selama 50 yang memeluk islam, Dr. Antony Flew. Menemui tuhan melalui kajian DNA. Kagum dengan sistem kompleks dapat diwujudkan melalui sistem kimia DNA.

Ceramah Ustaz Azhan -Ibrah Ramadhan melalui Perang Badar

Kita harus bercita-cita menjadi pejuang agama. Selalu melakukan syura dalam memutuskan sesuatu keputusan. Keimanan yang kental dan doa berterusan menghasilkan peribadi yang mulia. Berstrategi dalam setiap perlakuan. Sentiasa yakin janji Allah swt. Sentiasa untuk menjadi pelajar yang berjaya.

Tetamu itu sedang mengemas beg nya, 6 hari lagi.. Dia akan bertolak pergi. Kita cuma mampu memerhati tanpa mampu menahannya pergi. Sayanglah macam mana pun, dia cuma tumpang 30 hari. Bencilah macam mana pun, dia tetap tumpang 30 hari. Kini dia sedang bersiap2 untuk pergi. Ya, tahun depan ia datang lagi. Tapi adakah kita pasti saat dia datang tahun depan kita mampu melayannya didalam rumah? Atau kita sekadar menangis dibalik tanah?

Kehadirannya
dinanti..,
Pemergiannya ditangisi..

Ramadhan kareem

Rabu, 8 Julai 2015

Siapa yang "SAYANG" kita?

Setiap manusia itu berbeza kerana latar kehidupan yang berbeza. Mengungkapkan kata "SAYANG" itu kadang bukan mudah bagi sesetengah orang. Lalu bagaimana untuk mengungkapkan sayang dalam bahasa mudah untuk difahami? ada bahasa lainkah yang boleh mengungkapkan sayang?

"Bahasa perbuatan, Cikgu!!" kata Hakimi. 

Benar... cuba lihat orang disekeliling kita. Terutamanya ahli keluarga, guru-guru, dan rakan rakan. Kadang mereka tidak pernah mengungkap kata sayang kepada kita, namun perbuatan mereka sudah cukup buat kita tahu mereka sayangkan kita.

Lihat ibu dan ayah kita yang berkerja keras membanting tulang mencari rezeki buat kita. Mereka mungkin tiada masa untuk mengungkapkan rasa kasih dan sayang buat kita kerana kesibukkan mereka. Tetapi ketahuilah mereka sedang berusaha yang terbaik buat kita.

Lihatlah guru-guru yang ikhlas mendidik kita tanpa mengira penat lelah serta cuti yang dikorbankan semata-mata ingin mengadakan kelas tambahan buat kita. Mungkin kita selalu dimarahi dan di kenakan tindakan dan sebagainya. Namun ketahuilah bahawa itu semua tanda sayang mereka kepada kita bagi memastikan kita berjaya.

"Jika begitu... Allah swt lagi sayangkan kita! sebab Allah swt bagi banyak nikmat kepada kita." kata Afiq.

Benar... cuba lihat pada diri kita. Banyak nikmat yang Allah swt berikan tanpa perlu kita bayar walau satu sen pon. Bayangkan jika oksigen yang kita sedut ini, tiba-tiba Alla swt hentikan! dan kalau kita nak oksigen ni kita kena bayar! apa akan jadi? tentu ramai orang akan mati kan!?. Mati sebab tak ada duit nak bayar, mati sebab tak sempat nak bayar, mati sebab terlupa nak bayar dan sebagainya. 

"Hahaha" gelak izzat dan rakan yang lain.

Allah swt sebut dalam Al-Quran:
Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah An Nahl : 18)

Oleh yang demikian, kita kenalah bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan ini. Boleh? bagaimana caranya? kamu semua dah solat?!

Usrah berakhir dengan semua berlari ke surau tanda faham bagaimana caranya........ hehe.