Jumaat, 26 Jun 2015

Rasa Berdosa

Dalam kehidupan ini terkadang kita bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Hatta diri kita sendiri mempunyai kerenah yang pelbagai.

Terkadang kita terkhilaf dalam perbuatan sehingga menyebabkan ada hati yang terluka. Walaupun sebenarnya bukan kita ingin perkara itu terjadi.

Dalam hati kecil manusia itu tentu ada rasa bersalah di atas kekhilafan yang dilakukan. Bezanya antara setiap orang itu adalah besar atau kecil rasa bersalahnya.

Oleh sebab itu hindarilah dari melakukan dosa walau sekecil kecil hinggalah sebesar-besarnya. Rasa ini menyebabkan hidup kita menjadi sempit.

Untuk sesiapa yang pernah ku sakiti... Aku hanya berharap mampu dimaafkan...

Kata Ibn Atha’illah As-Sakandari yang bermaksud :

“Antara tanda kematian hati adalah hilangnya kedukacitaan apabila ibadah kepada Allah diabaikan dan tergugurnya rasa penyesalan dalam diri terhadap kesalahan yang pernah dilakukan.” [Hikam Ibn Atha’illah]

Salah Cikgu Kah?

Manusia ini sering diuji dengan perasaan yang pelbagai. Kadang sedih, resah dan gelisah. Tambahan dengan bebanan kerja guru semakin bertambah setiap hari.

Apatah lagi sejak lepas cuti sekolah tugasan aku sebagai GPM sekolah nak kena organisasi bahan semula sebab sekarang pusat sumber sekolah aku dah maju sikit guna aplikasi PSS-Central. Hehe...

So aku pun exited nak siapkan, walaupun kadang-kadang rasa beban buat benda-benda tu. Tapi aku ingat pesan Cikgu Abbas (Ketua PKG Balik Pulau) supaya sentiasa ikhlas, Allah swt akan ganti keikhlasan kita dengan nikmat yang tidak kita duga seperti sihat, lapang, senang, anak-anak dan isteri-isteri yang solehah... Hehe...

Harini aku masuk kelas, aku buat serius ngn budak-budak kelas. Biasalah nak kontrol kelas. Cikgu Math ajar BI kalau xleh kontrol kelas nanti kucar kacir jadinya. Aku bagi latihan kat budak-budak. Aku buat Spelling Test. Sapa salah aku suruh buat Correction. 

Tp budak sorang ni  memang buat hal dengan aku!! sampai aku tak boleh menahan perasaan aku ni!!

Salah Cikgu Math ajar Bi, laju sangat tulis... aish...

Hilang serius aku waktu tu... haha... kalau korang cmna??