Sabtu, 9 Mei 2015

Guru Murabbi Ummah

Hari ini dapat job sewaan PA system di dewan Menora Paya Kongsi, program Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Pulau Pinang 2015. Disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samad. Tema tahun ini adalah "Guru PASTI Murabbi Ummah".
Sejak PAS ditubuhkan salah satu yang menjadi perjuangan mereka adalah memperjuangkan pendidikan masyarakat melalui penubuhan PASTI seawal 1980. Dengan hanya beberapa orang murid dan pusat pendidikan, kini bercambah sehingga mencecah hampir ratusan ribu murid di seluruh semenanjung, sabah, dan sarawak. Suatu usaha yang boleh dicontohi oleh gerakan islam lain secara bersungguh.
Saja bersembang dgn seorang kakak guru PASTI. Gaji guru PASTI sekarang sebanyak RM350 (lebih kurang la kalau tak campur elaun). Kadang ada yang tak dibayar gaji kerana gaji guru bergantung sepenuhnya kepada yuran murid. Namun mereka masih lagi mengajar di PASTI kerana keyakinan mereka terhadap keberkatan.
Subahanallah... Bagaimana puluhan tahun mereka mampu bertahan melahirkan generasi imaniah dalam cengkaman kerajaan yang zalim? Fomulanya yang aku dapat hari ini adalah ikhlas.
Jika guru begini mengajar anak aku, aku yakin imannya dapat dibentuk oleh guru sebegini.

Jumaat, 8 Mei 2015

Berjalan Di Atas Kaki Sendiri

Waktu kanak-kanak adalah waktu yang paling menggembirakan. Waktu berseronok dengan kawan-kawan waktu untuk belajar sesuatu yang baru. Waktu kanak-kanak ku dulu dihabiskan di asrama. Semenjak umur 7 tahun aku sudah dimasukkan ke sekolah berasrama di kedah. Hidup berdikari itu sudahku rasai sejak aku kecil lagi. Aku mengerti erti susah dan nikmat senang.

Oleh itu bila aku meningkat dewasa, sejak dibangku sekolah lagi aku sudah mula berniaga kecil-kecilan. Duit yang ada aku simpan dengan baik walaupun sewaktu belajar dulu aku dapat biasiswa telekom, tapi aku tak pernah usik duit tu. Sehinggalah hampir spm aku memerlukan wang untuk membeli motorsikal kerana aku berulang dari SMKA Al-Mashoor (L), maka aku dapat membeli secara tunai hasil simpananku. 

Sewaktu di IPG aku masih lagi berniaga. Pernah terlibat dgn agen HPA, agen phone Al-Quran, stokis redOne, dan sekarang pemilik Dj Islamik Pulau Pinang. Semuanya aku lalui dengan perjalanan yang susah. Penuh caci maki, iri hati, dan tipu daya manusia. Namun semua ini aku dapat lalui berkat doa ibu-bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan mungkin juga pengalaman. 

Aku tidak pandai membeli pakaian baru buatku. Selalunya ibu yang akan menemani ku  membeli pakaian walaupun aku sendiri boleh membelinya. Siapa yang rapat dengan ku pasti akan tahu bahawa baju dan seluar yang aku pakai selalunya baju yang sama yang aku dapat secara percuma. Kadang2 balik rumah waktu cuti ibu dah sangkut baju baru. Jadi kalau nampak baju baru itu hasil hadiah dari ibu dan ayah.

Aku sentiasa mempersiapkan diriku dengan perancangan-perancangan yang kadang buat orang tertanya, "apa belum cukup dengan gaji kakitangan kerajaan?". Cukup... Insya Allah cukup. Tapi apa yang aku persiapkan adalah:

1. Bekalan Akhirat - aku berniaga kerana Allah swt dikira ibadah dan mendapat ganjaran disisi Allah swt. 

2. Berdikari - berniaga mengajar aku erti susah dan jerih payah. Bagaimana aku bisa menjadi orang yang bersyukur sekiranya aku tidak mampu utk merasai kepayahan. 

3. Membantu - berniaga mengajar kepada ku erti memberi. Ia mampu membuatkan aku menyumbang lebih kepada islam. 

4. Pendidikan - aku mengimpikan suatu hari nanti anak-anakku tahu erti syukur, rajin, kerjakeras dan ikhlas dalam mengharungi kehidupan ini. Tidak menjadi manja, dungun, kuat gebang dan kaki kencing orang lain.

5. Persiapan - aku percaya bila aku sudah meningkat usia, kesihatanku terjejas, tiada siapa yang akan membantuku, menjagaku, dan menyayangiku. 

6. (Banyak lagi, tp nanti dlm entri akan datang aku cerita.)

Setiap orang pasti ada tujuan atas sesuatu yang dia kerjakan. Maka yang paling penting adalah meluruskan niat hanya kerana Allah swt.

Isnin, 4 Mei 2015

Milik Cinta

Cinta bisa menghias hidup manusia dari mimpi kepada realiti atau mimpi ngeri. Kadang manusia sanggup apa sahaja utk memiliki cinta. Pentingkah cinta?

Kalau masuk dalam kelas, bila cikgu sebut tentang cinta pasti murid-murid akan kata, "eeee, cikgu cinta sapa?" Seolah mereka tahu apa makna cinta. Emm.. Apa makna cinta?

Mana bisa manusia berikan cinta tanpa dia tahu makna cinta dan kenapa pentingnya cinta kan?

Bagi aku, cinta itu abstrak... Manusia tak bisa menjelaskan cinta kerana cinta bagi setiap manusia itu berbeza. Tetapi apa yang aku yakini bahawa tidak ada cinta yang lebih baik dari mencintai Allah swt dan Rasul-Nya.

Dua cinta ini mampu memberi kemanisan dalam kehidupan. Cinta-cinta ini mampu membangkitkan hati yang mati. Cinta-cinta ini mampu membuatkan manusia tahu tujuan hidupnya dan mampu menggerakkan manusia menyempurnakan tugasnya di bumi ini.

Lihatlah mereka golongan para nabi, rasul, sahabah, tabiin, tabi' tabiin, solihin, dan mujahidin... Mereka hidup dgn cinta ini. Cinta ini mencorak dunia, sehingga kita dapat merasai nikmat iman dan islam pada hari ini.

Maksud Surah Hujuraat ayat 7:

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; 

Bersyukur Allah mencampakkan rasa cinta ini. 

Ahad, 3 Mei 2015

Melawat Ummi Nadiah Yusof Junior

Bila baby bertemu baby, hanya baby yang tahu perasaan baby... Nampakkan?? Haha... Itu ja nak cakap. 

Jika Kita Guru, Jangan Sekadar Jika

Hidup ini hanyalah tentang apa yg kita persiapkan utk akhirat. Makna hidup ini dapat dirasai oleh jiwa yang hidup dibawah sinaran agama Allah swt. Kehidupan menjadi sempit sekiranya kita melupakan "BIG PROJECT" kita di atas muka bumi ini.
Sudah setahun masa berlalu begitu cepat sebagai guru. Ada yg baru mengenali sekolah dan ingin menyesuaikan diri. Pun begitu, beruntung bagi sesiapa yang merasai nikmat menjadi seorang murabbi. 
Aku masih teringat sewaktu di IPT, aku punya rakan yang sama-sama terlibat dalam gerakan islam di kampus. Masa kami dihujung minggu disibukkan dengan program tarbiah diluar, yang mana ianya membantu kami supaya tidak menjadi manja, menjadikan kami kuat azam dan tekad, menjadikan kami supaya siap bekorban jiwa, masa, dan tenaga di jalan Allah swt.
Jalan ini kami laluan kerana kami sedar bahawa suatu hari nanti kami bukan sekadar guru, tetapi kami mahu menjadi murabbi ummat ini. Kerana kami tidak mahu hidup sia-sia, tetapi hidup yang mempunyai cita-cita. Jalan ini tidak akan mampu dilalui oleh orang yang manja dan kuat angan-angan. 

Sabtu, 2 Mei 2015

Kupu-kupu Kehidupan

Tidak semua orang dilahirkan boleh dalam setiap perkara kerana keterbatasan diri masing-masing. Namun itu tidak bermakna kita tidak mampu sehebat orang lain, dan itu juga tidak bermakna bahawa kita tidak perlu berusaha menjadi yang terbaik. Dalam hidup ini perkara yang paling ditakuti adalah sikap kita sendiri.

Pernahkah kita bertanya kepada diri kita kenapa dlm berjuta-juta sel sperma yang dilepaskan kita yang terpilih? Adakah pilihan Allah swt ini tidak tepat? Bagaimana kita boleh menang dlm pertandingan lumba lari tersebut? ......... Sudah tentu ada sebabnya bukan? 

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”.” (QS Al Baqarah : 30)

Sebabnya kitalah yang paling layak memikul amanah Allah swt di muka bumi ini... Hanya mereka yang sedar akan tanggungjawab ini akan mengevolusi diri menjadi seperti kehendak Allah swt... Bukahkah syurga itu mahal? Maka ada kos yang perlu dibayar iaitu "Berani" berubah!!

Sabda Nabi SAW “Tidak ada hijrah setelah pembebasan kota Makkah, tetapi jihad dan niat.” (Hadis riwayat Muslim).

Sabda Nabi SAW lagi; “Dan seorang yang hijrah adalah yang meninggalkan larangan Allah SWT. (HR. Bukhari)”

Ya betul... Ambillah masa sebanyak yg mungkin untuk "Berani" berubah... Tetapi pastikan ajal tidak menjemput dlm masa bertenang tersebut... 

Chia-yok!! Menuju redha Allah swt... Menjadi hamba yang Allah swt sayangi!!